Saturday, 11 August 2012

INOVASI


Penggunaan eBook 



E-book yang pertama telah dicipta apabila manusia mula menggunakan sumber-sumber berbentuk elektronik seperti pemprosesan perkataan untuk mencipta dan menyimpan maklumat, Buku elektronik atau e-book adalah alatan komputer mudah alih yang direka untuk memudahkan penyimpanan dan paparan bahan pembacaan. E-book menyediakan pelbagai ciri yang membuatkan ianya sesuai untuk tugas sebenarnya seperti rekabentuk yang ringan, mudah untuk digunakan, berkebolehan untuk menyimpan bahan yang banyak dan mempunyai skrin backlit yang berkualiti tinggi untuk keselesaan pembacaan di setiap situasi pencahayaan. 

Friday, 10 August 2012

ReNunG-ReNunGKan

اُطْلُبُوْا العِلْمَ وَلَوْ في الصِّينِ


"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China"








PENGENALAN


Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu  perubahan perlu dalam  proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003).