Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan
Tiada interaksi sosial
Pelajar perlu berdaftar
Kawalan berlaku melalui papan buletin
Maklumat dan aktiviti dimuatkan dalam pembelajaran
Pembelajaran secara online sepenuhnya dan gabungan (blended)
PENDAHULUAN
“Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan ICT. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia”
(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2007)
DEFINISI DAN KONSEP INOVASI
Pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau pasaran tertentu
(Sufean Hussin, 2001)
Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
(Ronger E. Miller, 1971)
Idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
(Glosari Teknologi Pendidikan, 1995)
Sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu
(Spencer 1994)
Sesuatu yang baharu atau unik hasil ciptaan atau hasil proses penstrukturan semula yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai yang diutamakan.
Proses inovasi berlaku secara radikal atau berperingkat-peringkat atau beransur-ansur sehingga terhasil perubahan kepada produk, proses dan perkhidmatan .
INOVASI PENDIDIKAN
Inovasi pendidikan hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia sempadan.
Inovasi berlaku dalam pelbagai bentuk :-
- Pengenalan teknologi baharu
- Perubahan dalam sistem penyampaian
- Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti
Strategi Pengajaran Pembelajaran Yang Inovasi
•Pembelajaran berasaskan masalah
•Pembelajaran berasaskan projek
•Pembelajaran berasaskan elektronik
•Pembelajaran berasaskan laman sesawang
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Pembelajaran yang bertitik mula dengan masalah berupa penerangan/kes yang
kompleks dan berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan. Proses menyelesaikan
masalah, murid perlu mencerakinkan kes menggunakan kemahiran berfikir, PSA dan
aplikasi kemahiran sosial. Pengalaman langsung dapat diberikan kepada murid.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
1. Realistik
2. Boleh dikenalpasti
3. Koperatif
4. Maklumat baru
5. Guru sebagai pembimbing
6. Mensintesis maklumat
7. Mencabar
8. Mencari maklumat sendiri
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan murid dalam pembelajaran
pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina
berdasarkan persoalan sebenar dan direka untuk menghasilkan produk atau
tugasan
CIRI-CIRI PEMBELAJRAN BERASASKAN PROJEK
1. Berpusatkan kepada kurikulum
2. Persoalan yang mencabar
3. Jangka masa yang panjang
4. Koperatif dan kolaboratif
5. Bersepadu dengan isu sebenar
6. Gabungan mata pelajaran
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTONIK
Pembelajaran yang menggunakan komputer dan internet. Pembelajaran boleh
berlaku di mana-mana dan bila-bila masa mengikut keperluan murid untuk
menghasilkan pengalaman, pemahaman, kemahiran dan pengetahuan baharu.
Contohnya, Internet, jaringan komputer, CD, televisyen interaktif atau siaran
satelit.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ELEKTRONIK
1. Ikut kadar kendiri murid
2. Ikut kehendak dan keperluan
3. Jumlah yang ramai
4. Kepelbagaian gaya pembelajaran
5. Kemahiran berkomputer
6. Masa, cara, tumpuan dan kemahiran yang sesuai
PEMBELAJARAN BERASASKAN LAMAN SESAWANG
Pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video,
persembahan power point, penerangan audio, dan perisian lain dalam
penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran berlaku sepenuhnya
melalui laman sesawang
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN LAMAN SESAWANG
1. Perkongsian ilmu
2. Cepat disebarkan
3. Maklum balas segera
4. Pantas dicapai
5. Pembelajaran yang pelbagai
6. Pembelajaran yang luas
7. Lebih mudah dan pantas
Penggunaan Teknologi Dalam
Pendidikan
Persembahan penyampaian
- Power point
- Tayangan video
- Rakaman audio
- Smart board interaktif
Penggunaan sumber internet
- E-mail
- Papan maklumat
- Blog/portal
- Telefon bimbit Perpustakaan maya
- Laman sesawang
- E-buku
- E-jurnal Database dan data set dalam pengajaran
- Model pengajaran
Rakaman isi pelajaran untuk podcasting
- MP3
- iPod
- telefon bimbit
- PCPerkembangan Persekitaran
Pembelajaran
Persekitaran pembelajaran berubah daripada persekitaran formal kepada
persekitaran bilik darjah maya dan seterusnya kepada persekitaran pembelajaran
personal
•Bilik darjah formal (sekolah)
•Bilik darjah maya (internet kawalan organisasi)
•Pembelajaran personal (internet sebagai kawalan pelajar)
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN PERSONAL
¡ Pembelajaran secara online
¡ Pembelajaran informal dan formal serentak
¡ Maklumat dari pelbagai media dan perisian
¡ Interaksi sosial melalui penggunaan media dan perisian sosial
¡ Konsep pembelajaran sepanjang hayat
¡ Pelajar menentukan arah dan hala tuju
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MAYA
Rekabentuk Resos
DEFINISI DAN KONSEP REKABENTUK RESOS
Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,membangun, melaksana dan menilai
bahan pengajaran. Bidang sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran
dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian, dan penyelenggaraan suatu
keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran suatu unit pelajaran tak kira kecil
atau besar dalam suatu pelajaran dengan berasaskan bahan yang akan
digunakan.
Digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran :
- Bahan bercetak
- Berbantukan komputer
- Melalui televisyen
TUJUAN REKABENTUK RESOS
- Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka bidang ilmu.
- Pembelajaran berpusatkan murid.
- Menggunakan konsep Pembelajaran Masteri.
ASPEK REKABENTUK RESOS
• Isi kandungan
• Pedagogi
• Aspek teknikal yang penuhi keperluan Pembelajaran Masteri.
• Kehendak kurikulum
• Pemilihan media yang sesuai
CIRI-CIRI REKABENTUK RESOS
1. Menepati kurikulum
2. Menepati araha
3. Kos berpatutan
4. Hiasan berpada
5. Ketepatan teknik
PERINGKAT-PERINGKAT REKABENTUK RESOS
- Menentukan keperluan murid.
- Menentukan objektif dan matlamat.
- Membina prosedur penilaian.
- Merekabentuk.
- Memilih strategi penyampaian.
- Mencuba sistem pengajaran.
- Menilai keseluruhan sistem
MODEL REKA BENTUK RESOS
1. Model berorientasikan bilik darjah (ASSURE, DICK, REISER)
2. Model berorientasikan produk
3. Model berorientasikan sistem
Reka Bentuk
Pentaksiran Dan Penilaian
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang
merangkumi;
1. Aktiviti menghurai
2. Mengumpul
3. Merekod
4. Memberi skor
5. Menginterprestasi
TUJUAN PENTAKSIRAN
- Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
- Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
- Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
- Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
- Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
KONSEP PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
Sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan
dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Merangkumi aspek
pengujian dan pengukuran.
JENIS-JENIS PENILAIAN
PENILAIAN FORMATIF
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang
sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui
tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya.
Contohnya kuiz, latih tubi
PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar
dengan pelajar lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/
pengredan.
Contohnya UPSR, PMR, SPM, ujian akhir tahun
TUJUAN PENILAIAN
- Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
- Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
- Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
- Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya.
- Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
- Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
- Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
- Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.
PROSEDUR DALAM PENILAIAN
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran ujian
3. Pemeriksaan dan pengukuran ujian
4. Buat analisis
5. Tindakan dan interprestasikan data
KEPENTINGAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
- Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
- Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.
- Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.
- Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.
- Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya