Penggunaan eBook
E-book yang pertama telah dicipta apabila manusia mula menggunakan sumber-sumber berbentuk elektronik seperti pemprosesan perkataan untuk mencipta dan menyimpan maklumat, Buku elektronik atau e-book adalah alatan komputer mudah alih yang direka untuk memudahkan penyimpanan dan paparan bahan pembacaan. E-book menyediakan pelbagai ciri yang membuatkan ianya sesuai untuk tugas sebenarnya seperti rekabentuk yang ringan, mudah untuk digunakan, berkebolehan untuk menyimpan bahan yang banyak dan mempunyai skrin backlit yang berkualiti tinggi untuk keselesaan pembacaan di setiap situasi pencahayaan.




